Usaha kerajaan perkasakan pendidikan kanak-kanak

KUCHING: Jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak mengadakan lawatan ke Beijing, China.

Lawatan sambil belajar selama empat hari disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak Dan Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai delegasi lawatan terbabit yang dimulai dengan kunjungan ke Kementerian Pendidikan, Republik Rakyat China.

Ini bagi berkongsi usaha dan matlamat kerajaan masing-masing dalam memperkasakan pendidikan awal kanak-kanak.

Melalui pertemuan ini, dapat dilihat kedua-dua kerajaan memandang serius dalam memupuk kesaksamaan serta keterangkuman, termasuk memperkasa golongan berkeperluan khas dalam pendidikan awal kanak-kanak.