SPAOH: Guru disaran memberi perhatian tambahan kepada pelajar yang mempunyai keupayaan mempelajari kemahiran akademik yang rendah di sekolah.
Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, beliau dimaklumkan berkenaan isu itu kerana terdapat pelajar tidak boleh membaca, menulis atau membuat pengiraan walaupun selepas tamat enam tahun pendidikan rendah.
“Kita mesti menangani masalah ini. Apabila pelajar kita tidak boleh membaca, menulis atau mengira selepas lima tahun menghadiri kelas, ia akan merugikan mereka kerana tidak ada cara untuk mengejarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari Guru sekolah Cina dari Bahagian Sri Aman dan Betong di balai raya di sini hari ini.
Bercakap mengenai sekolah Cina di dua bahagian itu, beliau berkata pelajar bumiputera kini membentuk peratusan besar enrolmen mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban itu mengumumkan pemberian RM50,000 kepada jawatankuasa penganjur majlis tahun depan manakala Dr Richard memberi RM5,000.