Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis perkenalkan Sarikei ke dunia luar

SARIKEI: Atlet dari sembilan kelab muaythai akan menyertai Cabaran Muaythai P. 206 Tanjong Manis di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu di sini, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abdul Wahab berkata mereka termasuk dari Semenanjung Malaysia dan Kalimantan, Indonesia.

“Penyertaan sembilan kelab muaythai dari dalam dan luar negara bukan sahaja memeriahkan suasana tetapi juga berperanan memperkenalkan Sarikei kepada dunia luar,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa meninjau persiapan menjelang acara itu di Stadium Bola Keranjang, Taman Susur Jambu di sini, malam ini.

Yusuf berkata, penganjuran acara ini bertujuan memperkenalkan sukan muaythai kepada penduduk di Parlimen Tanjong Manis, terutamanya selepas kejayaan cemerlang sukan ini dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.