SARATOK: Sarawak Forestry Corporation (SFC) akan melakukan operasi memburu dan menangkap buaya di sepanjang Sungai Krian dan Sungai Awik bermula esok.
Operasi terbabit akan selama 14 hari dari 20 Februari sehingga 5 Mac depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata operasi terbabit di perairan Sungai Krian akan bermula dari Kampung Kupang hingga ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Antu sepanjang 20 kilometer (km).
“Operasi di Sungai Awik, akan bermula dari kawasan Malong hingga ke muara Sungai Awik sepanjang 5 km,”katanya.
Operasi juga dengan kerjasama Pejabat Daerah Saratok, polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angakatan Pertahanan Awam (APM), Rela, ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) dan Majlis Daerah Saratok.
