DARO: Projek Tebingan Daro yang diluluskan di bawah Projek Rakyat dijangka siap menjelang Mac 2027.
Tempoh pembinaan projek tersebut mengambil masa 24 bulan dan dijangka dimulakan April 2025 dengan kos RM35 juta.
Majlis pecah tanah dilakukan oleh
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di
sini, hari ini.
Tebingan itu m sepanjang 410 meter (m) meliputi kawasan seluas 4.25 ekar.
Skop projek ini adalah termasuk pembinaan struktur kawalan hakisan tebing sungai serta kemudahan landskap dan tepi laut, yang terdiri daripada pusat maklumat dan menara pemerhati.
Projek ini akan menyediakan tempat riadah kepada penduduk setempat dan pengunjung di samping menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abdul Wahab, Ahli Parlimen Igan Ahmad Johnie Zawawi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad.