959 peserta hadiri program bantuan lesen memandu B2

KABONG: Seramai 959 peserta menyertai Program Bantuan Lesen Memandu B2 (MyLesen) Peringkat Dewan Undangan Negeri ( DUN) Kabong di sini.

Ia bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan lesen memandu kelas B2 dengan kadar bayaran yang minima, mulai 11 Januari hingga 22 Febuari lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, mungkin peserta sebelum ini ada kekangan seperti belum mampu dan sebagainya untuk mendapatkan lesen terbabit.

“Tetapi atas usaha kamu (untuk mendapatkan lesen melalui program MyLesen) dihargai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis penutupan program itu di Pusat Penjaja Kabong ,di sini, hari ini.