LAWAS: Masyarakat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama bersama memeriahkan sambutan Aidilfitri.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ini kerana amalan ini sudah menjadi budaya di Sarawak.
“Budaya di Sarawak, apabila kita meraikan perayaan Aidilfitri, Krismas, Gawai Dayak, Tahun Baru Cina ia seolah-olah perayaan semua kaum,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Premier Sarawak di sini, hari ini.
Beliau yakin melalui perpaduan, keharmonian dan toleransi antara kaum dan agama mampu menggerak pembangunan seluruh kawasan di Sarawak.
Melalui kesepakatan katanya, akan dapat mengukuhkan kerajaan sedia ada untuk menggerakkan usaha ke arah meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan rakyat.
Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri Digital Datuk Uggak anak Kumbong, Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong dan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa.
