LAWAS: Perpaduan kaum merupakan sumber kekuatan kepada kestabilan politik dan pembangunan ekonomi di Sarawak yang perlu dipertahankan.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, berikutan itu perpaduan kaum di Sarawak ibarat taman yang dipenuhi pelbagai bunga.
“Kalau taman itu dipenuhi bunga-bunga berwarna warni kita pun sedap tengok. Inilah keadaan kita. Jadi kita harus pertahankan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Line & Folk Dance Exchange Lawas di Arena Lawas, malam tadi.
Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Setiausaha Politik Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa, Residen Bahagian Limbang Yunus Tambi.
