BINTULU: Syed Abdul Waahid Qusyairi Syed Ahmad dan Ratna Mohamad, johan qari dan qariah Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Daerah Bintulu 1447H/2025M di sini, semalam.
Naib johan qari dan qariah disandang Muhd Syahiskandar Sahmat dan Hannah Husnan, manakala, tempat ketiga qari dan qariah pula dimenangi Hassan Lee dan Dayangku Nuraysyah Lee Awang Jidel.
Seramai 24 peserta iaitu 14 peserta qari dan 10 peserta qariah memperdengarkan bacaan mereka pada majlis itu di Masjid Darul Makmur, Kampung Jepak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee melahirkan rasa bangga dengan penyertaan qari dan qariah muda yang mencerminkan usaha berterusan masyarakat mendidik anak-anak mencintai Al-Quran sejak usia awal.
“Ini bukan sahaja kejayaan pihak penganjur, malah kejayaan bersama ibu bapa, guru-guru dan seluruh komuniti yang terus memelihara warisan keilmuan Islam,” katanya ketika merasmikan penangguhan majlis terbabit.
