KUCHING: Sebanyak 200 kilogram ikan lumek salai dari Pulau Bruit diagihkan kepada semua wakil rakyat dan ketua jabatan yang hadir sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19.
Ia sumbangan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan & UKAS) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, Datuk Abdullah Saidol sebagai momento istimewa darinya sempena persidangan DUN kali ini.
Turut menerima sumbangan tersebut ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Kompleks DUN hari ini.
Menurut Abdullah, ikan lumek salai goreng adalah antara makanan kegemaran Premier Sarawak.
Ikan lumek salai merupakan produk hasil laut tradisional yang cumip sinonim dengan Pulau Bruit.
Difahamkan, harga pasaran semasa bagi produk tersebut antara RM80 hingga RM100 sekilogram, bergantung pada kualitinya.
