Bantuan air kepada 204,365 mangsa terkesan jerebu di Sarawak

KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) memberikan bantuan air kepada seramai 204,365 mangsa yang terkesan bencana jerebu di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pengagihan itu dari tempoh Ogos sehingga 14 September lalu.

“JKMS turut terlibat secara langsung dalam membantu mereka yang terkesan dengan menghantar bantuan air sebanyak 492,671 jumlah air (1.5 liter) kepada 204,365
mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) dan Agensi, di sini, malam tadi.

Fatimah menjelaskan, jumlah bantuan air dihantar JKMS kepada mangsa sepanjang tempoh terbabit adalah sebanyak RM6,606,538.40.

Sementara itu, majlis terbabit meraikan seramai 39
penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 KPWK dan Agensi.

Penerima daripada Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) seramai 26 orang, KPWK (tujuh) dan JKMS (enam).