Category: Pendidikan

Pendidikan percuma semua universiti milik Kerajaan Sarawak mulai 2026

SIBU: Kerajaan Sarawak komited memberikan pendidikan percuma di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) miliknya mulai 2026. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi membantu ibu bapa dan pelajar yang kurang bernasib baik. “Komitmen ini dibuktikan menerusi inisiatif pendidikan percuma kepada lebih dari 25,000 pelajar di semua universiti […]

Detik kejayaan Graduan UiTM Cawangan Sarawak

Seramai 309 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-98 Cawangan Sarawak di Dewan Jubli, UiTM Sarawak Kampus Samarahan, hari ini. Daripada jumlah itu, 51 graduan menerima ijazah sarjana muda manakala 258 (Diploma) dalam pelbagai fakulti. Graduan ini antara yang mengikuti kelas dalam talian susulan pandemik […]

Graduan UiTM miliki kebolehpasaran, penuhi pasaran kerja pelbagai sektor

SAMARAHAN: Kebolehpasaran graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak secara keseluruhannya mencecah 88 peratus. Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohamadin berkata, pencapaian ini membuktikan bahawa graduan universiti itu mampu memenuhi pasaran kerja dalam pelbagai sektor. Sehubungan itu, beliau menasihatkan graduan supaya mempunyai daya pemikiran kritis, berkepimpinan dan semangat […]

2,579 guru kafa bakal nikmati elaun tambahan tahun depan

LIMBANG: Kerajaan Sarawak bersetuju memperuntukkan sejumlah RM9.2 juta elaun tambahan kepada guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) di negeri ini tahun depan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, seramai 2,579 guru kafa bakal menikmati elaun berkenaan di negeri ini. “Ini bermaksud setiap guru KAFA akan menerima elaun tambahan sebanyak RM300 sebulan […]

Sarawak peruntukan RM2.7 bilion mantapkan pendidikan

BINTULU: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sejumlah RM2.7 bilion untuk membiayai pembangunan infra pendidikan dalam usaha memartabatkan bidang itu di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dana itu termasuk membiayai program-program pendidikan lain termasuk melaksanakan program guru dan pelajar sekolah. “Kita menggunakan dana sendiri (Kerajaan Sarawak) kerana peruntukan daripada Kerajaan […]

MRSM Bintulu bakal beroperasi Mac 2024

BINTULU: Penyerahan kampus Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bintulu menandakan kejayaan usaha sama antara PETRONAS dengan Kerajaan Sarawak dan Majlis Amanah Rakyat (MARA), kata Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh. Beliau berkata, pembangunan MRSM Bintulu itu selaras dengan aspirasi memperkasakan pembangunan modal insan yang berketrampilan. PETRONAS merakamkan penghargaan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan […]