Seramai 309 graduan menerima ijazah sarjana muda dan diploma pada sidang keempat Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) Ke-98 Cawangan Sarawak di Dewan Jubli, UiTM Sarawak Kampus Samarahan, hari ini.
Daripada jumlah itu, 51 graduan menerima ijazah sarjana muda manakala 258 (Diploma) dalam pelbagai fakulti.
Graduan ini antara yang mengikuti kelas dalam talian susulan pandemik Covid-19.
UiTM Sarawak menerusi kenyataannya berkata, istiadat yang dirasmikan Pro-Canselor UiTM, Datuk Abdul Wahab Aziz itu menyaksikan keseluruhan seramai 1,260 graduan.

