GKCDA peruntukan RM5 juta bagi projek DUN Tanjong Datu

LUNDU: Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA)  sebagai sumber terbaharu peruntukan projek pembangunan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini setelah DUN terbabit bersama sembilan DUN lain mendapat peruntukan sama rata dari GKCDA sebanyak RM5 juta bagi menyediakan kemudahan asas kepada penduduk.

“Projek di N3 Tanjong Datu sumbernya adalah Projek Rakyat dari Premier Sarawak, Rancangan Malaysia Ke-13(RMK-13), Projek Transformasi Luar Bandar Sarawak (RTP ), Projek Kecil Luar Bandar Sarawak (MRP ) dan yang terbaru GKCDA,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika Taklimat Projek Dan Pembangunan di Kawasan N3 Tanjong Datu di Dewan Serbaguna Mahligai Gading, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lundu, Awang Yusup Awang Mostapha, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Lundu (MDL), Kaunselor Bujang Budin, Setiausaha MDL, Norashikin Brahim dan Pegawai Khas kepada ADUN N3 Tanjong Datu, Khairul Annuar Datuk Mohammed Sepuan.