UNIMAS wujudkan Pusat Pembelajaran dengan KGDN

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) secara rasminya mewujudkan pusat pembelajaran di China iaitu UNIMAS-KGDN di bandar Xian.

Pelancaran rasmi penubuhan pusat pembelajaran itu disempurnakan oleh Naib Cancelor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit sebagai bukti komitmen UNIMAS mewujud rakan kongsi di peringkat antarabangsa.

Kejayaan itu adalah hasil perbincangan berterusan dan kerjasama rapat antara UNIMAS dan Universiti Kedagaoxin Xian (KDGX) yang diketuai Pengerusinya, Dr. Sun Longjie, kata UNIMAS dalam satu kenytaan di sini.

Pusat pembelajaran itu akan memperluaskan tawaran program akademik UNIMAS kepada pelajar dari China dan meningkatkan kerjasama akademik Malaysia dengan China.

Prof Dr Ahmad Hata pada majlis pelancarannya menyampaikan surat tawaran bersyarat kepada pelajar lepasan KDGX.

Ini menandakan bermulanya pembelajaran pelajar terbabit di UNIMAS

Hadir sama Dean Fakulti Gunaan dan Seni Kreatif, Dr. Ringah Kanyan, CEO Sekolah Perniagaan UNIMAS, Prof Dr Chin Hong Puah dan Pengarah Global UNIMAS, Thian Foong Fatt.