Golongan asnaf Parlimen Santubong terima bakul makanan

KUCHING: Seramai 432 orang golongan asnaf di Parlimen Santubong menerima bakul makanan sempena Ramadan hari ini.

Penerimanya termasuk golongan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai Zon JAKASEH yang melibatkan 14 kampung serta kawasan Demak Baru Fasa 2.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat yang juga Ahli Parlimen Santubong, Dato’ Sri Nancy Shukri merasmikan program Serahan Bakul Makanan Kampung Seberang (Zon Jakaseh) terbabit di Surau Darul Hijrah Blok 1a Perumahan Darul Hana, di sini.

“Ini adalah program kebajikan yang dilaksanakan khusus untuk golongan asnaf di bawah kawasan Parlimen P193 Santubong,” katanya.

Nancy berharap sumbangan ini dapat meringankan beban golongan berkenaan dalam memenuhi keperluan asas harian.