KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak membelanjakan sebanyak RM1,662,400 bagi sumbangan Sejambak Kasih Aidilfitri 2024.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sumbangan wang tunai RM100 untuk meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan kebajikan di negeri ini sempena sambutan Aidilfitri.
“Seramai 16,624 penerima menerima sumbangan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2024–Bahagian Kuching di Masjid Darul Hana, Petra Jaya, di sini, hari ini.
Di majlis itu, seramai 150 penerima bantuan kebajian dari Bahagian Kuching menerima sumbangan wang tunai serta hamper bernilai RM80.
Fatimah berkata, seramai 4,524 orang atau 42.67 peratus daripada jumlah penerima bantuan Bahagian Kuching akan menerima
sumbangan terbabit.
