MAKSAK Wanita Sarawak santuni 100 pelajar

KUCHING: Seramai 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan Petra Jaya menerima sumbangan dari Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Wanita Sarawak.

Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun
Openg di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak malam tadi.

Program Sumbangan Ikhlas MAKSAK Cares sempena Ramadan itu menyaksikan setiap pelajar menerima sumbangan RM100 dan sehelai tuala mandi daripada dana MAKSAK Cares selain sumbangan buah kurma dan sehelai kain pelikat daripada Pejabat Premier Sarawak.

Premier turut menunaikan solat Isyak dan terawih berjemaah.

Terdahulu, beliau berbuka puasa bersama tetamu lain

Hadir sama isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar.