Kaedah pembayaran dalam talian Bazar Ramadan digalak

SARIKEI: Peniaga Bazar Ramadan di sini digalak menggunakan kaedah pembayaran dalam talian untuk urusan jual beli kepada pengunjung.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pengunjung juga boleh melakukan pembayaran itu secara tunai.

“Pengunjung tidak perlu membawa wang tunai yang banyak dan hanya perlu untuk mengimbas kod bar bagi melakukan pembayaran,” katanya.

Beliau demikian semasa merasmikan Bazar Ramadan Sarikei 2024 bertempat di tapak bazar Market Sentral, di sini.

Katanya lagi, sebanyak 213 peniaga terlibat Bazar Ramadan Sarikei 2024 iaitu meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.