DARO: Orang ramai dinasihat agar merancang awal perjalanan pulang ke kampung halaman bagi mengelak kesesakan jalan raya.
Ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan sempena sambutan Aidilfitri.
Menurut Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos, tinjauan mendapati pergerakan kenderaan dari Daro menuju ke Sarikei dan Sibu adalah perlahan berikutan masih bergantung kepada perkhidmatan feri di Batang Paloh.
“Jumlah kenderaan yang menggunakan laluan Serdeng ke Daro meningkat, namun masih terkawal. Perkhidmatan feri di Sungai Batang Paloh menyediakan tiga feri yang beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tinjauan pergerakan dari Mukah ke Igan dan Matu pula lancar berikutan Jambatan Batang Igan siap dan boleh digunakan sepenuhnya.
