LUNDU: Seramai 106 peserta menyertai Program Cabaran Memanah Tradisional sempena Pesta Regata Batang Kayan 2026 di Padang SK Bumiputera Lundu di sini, semalam.
Seramai 91 peserta terbabit dalam kategori memanah tradisional dan 15 peserta dalam kategori recurve.
Program yang menerima penyertaan memberangsangkan daripada pelajar sekolah itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan.
Keputusan pertandingan menyaksikan Ainul Fithri muncul peserta wanita dengan jumlah keseluruhan sebanyak 429 mata dan tertinggi, diikuti Nurhasanah Zulkifli (413 mata) dan Waziha Afrilia (410 mata).
Bagi kategori lelaki, Syamsul Bahri Ali mencatat jumlah keseluruhan tertinggi dengan 578 mata, diikuti Nursyafai Azmi Ahmad (520 mata) dan Rosdiansyah (516 mata).
