Timbalan Ketua Belia Parti PBB antara tiga anak Sarawak dilantik Felo Perdana

KUCHING: Timbalan Ketua Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Aaron Nagai dilantik sebagai Felo Perdana 2026.

Aaron Nagai, 24, ditempatkan sebagai Felo kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) selama empat bulan.

Felo Perdana merupakan program berbentuk mentoring dan internship yang memberi peluang kepada belia terpilih untuk mendapat pendedahan secara langsung terhadap sistem pentadbiran kerajaan, penggubalan dasar dan tadbir urus di peringkat tertinggi negara.

Melalui program ini, para felo ditempatkan bersama menteri atau Ketua Setiausaha Negara untuk menimba pengalaman, mengikuti urusan kerja dan mendapatkan bimbingan secara langsung daripada pemimpin serta pegawai kanan kerajaan.

Program tersebut bertujuan membangunkan bakat kepimpinan dan meningkatkan kefahaman golongan muda terhadap pentadbiran awam.

Program ini diperkenalkan pada 2013 dan terus dilaksanakan pada 2026. (KBS).

Selain Aaron, dua lagi dari Sarawak ialah seorang profesional jurutera, Muhammad Hafiz Narrudin di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Sarawak).

Manakala Lydia Paul dari Sibu, graduan Sains Pentadbiran, UiTM felo menteri belia dan sukan.