KUCHING: Yang di- Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menghadiri Majlis Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Masjid Jamek Kuching, malam ini.
Ketibaan Tun Pehin Sri bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di perkarangan masjid disambut barisan pemimpin negeri, pegawai kanan kerajaan serta jemaah masjid.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir sama.
Acara dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, diikuti bacaan Yasin dan doa selamat yang dipimpin Imam Besar Sarawak, Dato Mustapha Kamal Ahmad Fauzi kemudian solat Isyak berjemaah.
Sambutan Hari Lahir ke-80 Yang di-Pertua Negeri Sarawak akan berlangsung selama empat hari bermula 8 hingga 11 Oktober ini dengan pelbagai acara rasmi, adat istiadat dan program bersama rakyat. -PENERANGAN
