LUNDU: Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP ) Fasa Enam disampaikan kepada 10 penerima di Pejabat Pusat Khidmat N3 Tanjong Datu, di sini, hari ini .
Geran disalurkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan itu yang disampaikan Pegawai Khas ADUN N3 Tanjong Datu, Emmi Farahisbillah Hamdan.
Penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sg Belian , Tanah Hitam Sematan , Tabuan Dayak dan Rayu Iban .
Turut menerima Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Gunung Pandan dan Jiran Wanita Gunung Pandan Lundu , Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS ) Santubong , Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS ) Kpg Sebat Melayu, Tabung Aktiviti Dan Kebajikan Daerah Lundu dan Persatuan Ibu-bapa Dan Guru (PIBG ) SMK Sematan.
Selepas itu, Emmi turut mewakili ADUN Tanjong Datu menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah, Mohamad Bakar di Taman Mawar Lundu.
