86 NGO, persatuan N.8 Satok terima geran MRP

KUCHING: Sebanyak 86 jawatankuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan di kawasan Satok menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki menyampaikan geran tersebut kepada penerima di Pusat khidmat Satok, Jalan Kulas, di sini.

Beliau turut menzahirkan terima kasih kepada mereka atas komitmen dalam membangunkan masyarakat di Satok melalui pelbagai program, aktiviti dan penglibatan bersama akar umbi.

“Saya berharap dana yang dibentangkan hari ini dapat digunakan sepenuhnya untuk aktiviti masa depan penduduk Satok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Dana dan Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) untuk tahun 2024 di Pusat Khidmat N.8 Satok, Jalan Kulas di sini, hari ini.

Antara penerima adalah 24 persatuan, kelab dan NGO (17) Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) (lapan) persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) (13) kawasan rukun tetangga (KRT) , kawasan kejiranan mesra (sembilan), (KJM) dan 15 jawatankuasa masjid dan surau.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Abdul Samat Gany yang juga Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.8Satok, Setiausaha cawangan, Sarbini Abang, Ketua Pemuda Mohamad Akram Mohamed Karim dan Ketua Wanita Salina Salleh.