Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu bakal dibina semula

LUNDU: Kerajaan Sarawak meluluskan Projek Rakyat membabitkan peruntukan sebanyak RM3.5 juta bagi pembinaan semula Dewan Lama Persatuan Chung Hua Lundu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan sehubungan itu menzahirma. terima kasih kepada Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak yang meluluskan permohonan itu.

“Harapan saya agar dewan baharu nanti masih mengekalkan elemen-elemen lama dan menyimpan artifak sejarah lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penangguhan Perayaan Kuih Bulan Daerah Lundu Sematan Tahun 2025 di Gelanggang Bola Keranjang Persatuan Chung Hua Lundu di sini semalam.

Selain itu, beliau berkata Persatuan Chung Hua Lundu akan diperuntukan keseluruhan sebanyak RM500,000 bermula tahun depan bagi membaiki dewan di SJK Chung Hua Pekan Lundu (RM300,000), SJK Chung Hua Sematan (RM 100,000) dan SJK Chung Hua Selarat (RM100,000).