Rubiah tinjau tiga PPS di Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN: Seramai 109 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di Kota Samarahan.

PPS terbabit dibuka di Dewan Suarah Kota Samarahan yang menempatkan seramai 13 mangsa melibatkan tiga keluarga dari Kampung Plaie.

Selain itu, di Dewan Lenggai Kampung Entingan yang menempatkan 52 mangsa dan Balairaya Kampung Nangka menempatkan 44 mangsa melibatkan 12 Ketua Isi Rumah (KIR).

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang yang turun padang meninjau situasi semasa serta kebajikan mangsa banjir di PPS tersebut hari ini.

Beliau turut mengambil kesempatan berinteraksi dengan mangsa serta mendapatkan maklum balas berkaitan bantuan dan keperluan semasa sepanjang tempoh penempatan di PPS.