Pelajar manfaatkan program gunting rambut percuma

SRI AMAN: Saberkas Cawangan Lingga dengan kerjasama Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.28 Lingga menganjurkan Program Gunting Rambut Percuma “Kembali Ke Sekolah” di sini, hari ini.

Program tersebut berlangsung di Ruang Legar Sri Aman Culture Centre di sini, mendapat sambutan baik daripada ibu bapa serta pelajar yang memanfaatkan perkhidmatan gunting rambut percuma sebagai persiapan menjelang sesi persekolahan baharu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, turut hadir bagi melawat program tersebut serta menyampaikan sijil penghargaan kepada para barber atas inisiatif berkenaan.

Penganjur merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Unit Saberkas 02 Ladong serta Ahli Pemuda Parti PBB Lingga atas komitmen menganjurkan program tersebut.