Ahli majlis daerah perlu tingkatkan profesionalisme, kecekapan

SIMUNJAN: Kenaikan elaun ahli-ahli majlis daerah di Sarawak amat dialukan dilaksanakan bermula tahun ini.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, beliau mengalukan pelaksanaan kenaikan itu yang mencerminkan pengiktirafan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ini adalah tanggungjawab dan amanah besar yang dipikul oleh ahli-ahli majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Makan Malam Bersama Majlis Daerah Simunjan (MDS) dan Ahli-Ahli Majlis di Waterfront Hotel di sini, malam tadi.

Seiring dengan pengiktirafan ini, beliau berharap agar tahap profesionalisme, kecekapan serta
komitmen terus dipertingkatkan ahli -ahli majlis.

Katanya, ini mempercepatkan pembangunan daerah dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepda rakyat.

“Dalam hal ini, saya berharap agar projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh MDS dapat dipercepatkan pelaksanaannya,” tambahnya.

Beliau juga mahu projek terbabit dilaksanakan secara berfasa, tersusun dan menepati keperluan rakyat, supaya manfaatnya dapat dirasai dengan lebih segera oleh masyarakat.