Aidilfitri eratkan hubungan pemimpin, rakyat

MATU: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyantuni penduduk Kuala Matu menerusi Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Darul Iman Kampung Kuala Matu, semalam.

Dalam ucapannya, beliau berkata sambutan Aidilfitri bukan sekadar ruang untuk saling bermaafan, malah sebagai platform dalam mengeratkan silaturahim serta memperkukuhkan perpaduan masyarakat.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan hiasan lampu raya rumah sebagai penghargaan terhadap kreativiti dan semangat penduduk dalam memeriahkan Aidilfitri.

Majlis berkenaan turut memberi peluang kepada beliau untuk beramah mesra dengan penduduk kampung, sekali gus mengukuhkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.