Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari hulurkan bantuan pada pesakit

LAWAS: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari menyumbangkan bantuan kepada pesakit di Hospital Lawas, di sini, hari ini.

Program tanggungjawab sosial itu diketuai Ketua Pergerakan Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari, Durahman Salleh bersama Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti PBB Cawangan Bukit Sari Lawas.

Mereka turut disertai Ketua Pergerakan Wanita PBB Bukit Sari, Aujinajian Garip bersama ahli- ahli pergerakan itu.

“Sumbangan berupa hamper, tujuh unit kipas serta bantuan wang tunai kepada pesakit bagi membantu meringankan beban mereka sepanjang menjalani rawatan,” menurut kenyataan pergerakan itu.

Rombongan program itu juga meluangkan masa beramah mesra dengan pesakit dan ahli keluarga mereka.