KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meminta orang ramai yang menggunakan Jambatan Batang Lupar 1 agar menjaga kemudahan itu dengan baik.
“Jambatan itu adalah harta orang Sarawak yang perlu dijaga dengan baik supaya boleh terus menjadi kebanggaan pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pihak yang berniaga di atas jambatan berkenaan di sini hari ini.
Uggah menjelaskan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak akan menyediakan kemudahan tempat untuk membuang sampah di jambatan berkenaan demi menjamin kebersihan jambatan berkenaan.
Beliau berkata, kebersihan di jambatan berkenaan perlu diberi keutamaan kerana ia adalah tarikan pelancongan dan menjadi identiti rakyat Sarawak sendiri.
Justeru, orang ramai yang menggunakan jambatan itu tidak harus membuang sampah merata-rata dan ke dalam sungai.
Jambatan berkenaan katanya, menjadi sebahagian daripada laluan menghubungkan jalan raya pesisir di negeri ini dibuka yang kepada orang ramai pada 20 Mei 2026.
“Pastikan apa sahaja sampah, hendaklah dibuang di tempat sepatutnya supaya ia tidak menjadi satu isu yang boleh mencemar nama baik orang Sarawak.
“Kita juga ada isu lain, Pengarah JKR Sarawak akan melihat perkara ini dan saya menjangkakan mereka akan memberikan laporannya dalam masa dua minggu,” tambahnya.
