SKS platform salur perkhidmatan terus kepada rakyat

SAMARAHAN: Program Sarawakku Sayang (SKS) menjadi platform memudahkan rakyat mendapatkan akses terus kepada perkhidmatan kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, pendekatan turun padang membolehkan rakyat mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.

“Program itu turut memudahkan masyarakat mendapatkan bantuan serta menyelesaikan urusan berkaitan agensi kerajaan.

“SKS menyediakan ruang kepada rakyat mendapatkan maklumat mengenai perkhidmatan dan pembangunan negeri,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perlepasan Fun Run bersempena Program Sarawakku Sayayng Bahagian Samarahan di Halaman Samarahan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan berkata, SKS Samarahan merupakan lokasi ke-11 penganjuran program berkenaan pada tahun ini.

Program itu turut menjadi platform mengeratkan silaturahim, perpaduan dan kesatuan dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan penduduk dari lima daerah di Bahagian Samarahan memanfaatkan kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan. – IQHWAN HAMDAN / JIWA BAKTI