Pendidikan, keperluan lengkap untuk pelajar berkeperluan khas

SIBU: Kerajaan Sarawak berharap lebih banyak sekolah mempunyai bilik darjah bersepadu bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama rakan sebaya normal.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, ini merupakan antara sebab Pusat Intervensi Awal Sehenti (OSEIC) ditubuhkan.

Katanya, tujuan penubuhan OSEIC untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan terutamanya diagnosis awal terutamanya dalam kalangan kanak-kanak autisma.

“Apabila anak-anak ini mencapai umur tujuh tahun, mereka mampu memiliki pendidikan dahulu di peringkat rendah, menengah dan sebagainya.

“Kami berharap lebih banyak sekolah akan mempunyai bilik darjah bersepadu, tetapi setakat ini, kami mulakan dengan tadika milik kerajaan kerana tidak mempunyai kawalan ke atas pihak persekutuan.

“Apa yang kita harapkan ialah walaupun tiada ketetapan di peringkat persekutuan untuk mempunyai dasar pintu terbuka. Dari segi dasar, mereka ada tadika khas untuk kanak-kanak ini, tetapi apa yang kita mahu di peringkat kita ialah integrasi, bukan berpisah,” katanya selepas merasmikan Persidangan Autisma Kebangsaan di salah sebuah hotel terkemuka, di sini hari ini.

ADUN Dalat itu memberitahu, terdapat seramai 164 kanak-kanak lulusan OSEIC sejak 2022 yang mana ada bersekolah di sekolah arus perdana dan ada yang ketika ke pendidikan khas.