KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat , di sini, hari ini.
Ini merupakan kunjungan hormat pertama Khalidi terhadap Premier setelah dilantik oleh sebagai Mufti Sarawak bagi menggantikan Datu Kipli Yassin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari lalu.
Pelantikan beliau berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 susulan persaraan Kipli selepas lebih sedekad menerajui institusi keagamaan negeri.
Sebelum pelantikan ini, Khalidi berkhidmat sebagai Pakar Rujuk yang memainkan peranan penting di Jabatan Mufti Sarawak.
Pelantikan tersebut dilihat sebagai kesinambungan kepimpinan dalam memperkukuh institusi fatwa negeri agar terus berwibawa, relevan dan responsif terhadap perkembangan semasa.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Khalipah Juli.
