Konvoi KMJG Peringkat Kapit lawat Kubu Sylvia

KAPIT: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Kapit melawat Kubu Sylvia, di sini, semalam.

Rombongan konvoi diketuai Ketua Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Roszilawati Nor Aziz.

Mereka diberi penerangan oleh Dato Temenggung Wilfred Billy Panyau berkaitan penubuhan kubu terbabit.

Di samping itu, penerangan peristiwa penjajahan dan pembentukan keamanan, perdamaian antara kaum serta barangan artifak sejarah termasuk struktur bangunan kubu.

Sebelum lawatan itu, hentian lokasi konvoi ialah rumah panjang Manok Manchal, Sungai Yong di sini yang sepanjang 49 pintu.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Watson Awan Jalai, Wakil Residen Bahagian Kapit Rolyn Terranca Janting, Wakil Pegawai Daerah Kapit Anyie Awing,Wakil Ketua Polis Daerah Kapit ASP Anthony Apoi, Ketua Masyarakat Iban Daerah Kapit Pemancha Pasang Tubak, Ketua Masyarakat Melayu Daerah Kapit Pemancha Abang Hamzah Abang Bolhassan, Ketua Masyarakat Cina Daerah Kapit Pemancha Wong Kie Ing, Pengerusi Komuniti MADANI Lubok Mawang selaku tuan rumah Mary Jalak.

GAMBAR:JAPEN