Bomba padam kebakaran gas bawah tanah

SIMUNJAN: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memadamkan satu kebakaran gas bawah tanah di Jalan Perak, di sini, baru-baru ini.

Menurut kenyataan JBPM, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian jam 10.56 malam.

Satu pasukan anggota dan jentera bomba dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Simunjan kemudian dihantar ke lokasi yang sejauh satu kilometer dari balai itu.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati benar berlaku api keluar dari bekas galian pihak kaji bumi,” menurut kenyataan JBPM.

Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman kebakaran itu sehingga selesai jam 11.19 malam.