Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik Naib Canselor baharu Unimas

KUCHING: Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mengumumkan Profesor Dr Ahmad Hata Rasit dilantik sebagai Naib Canselor yang baharu.

Pelantikan selama tiga tahun itu berkuat kuasa mulai 8 Januari 2024 hingga 7 Januari 2027.

Menurut kenyataan media Unimas, beliau merupakan penyandang jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Unimas dari 2019.

Dr Ahmad Hata,54, juga pernah menjawat jawatan sebagai Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Unimas selama tujuh tahun dari 2012.

“Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan dan Ijazah Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1991 dan 1994,” menurut kenyataan Unimas.

Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Surgeri (Ortopedik) dari universiti yang sama pada 2001.

Unimas juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Profesor. Dr. Mohamad Kadim Suaidi atas jasa bakti sepanjang menerajui universiti itu sebagai Naib Canselor sebelum ini.