LUNDU: Projek Bekalan Air Wilayah Lundu Sematan dijangka dimulakan pada tahun depan dan dijangka siap 2027.
Ia dibina membabitkan kos RM200 juta.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri Adenan berkata, ini berdasarkan penggulungan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN Sarawak) baru-baru ini.
“Projek bakal mengatasi masalah air dari Lundu hingga ke Telok Melano (Sematan) dengan pembinaan loji rawatan air baharu Lundu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika majlis simbolik penyerahan 917 unit tangki air disediakan dengan peruntukan sebanyak RM779,000 untuk DUN N3 Tanjong Datu tahun 2024 di Pejabat Daerah Lundu, di sini, hari ini.
Azizul berkata, Kerajaan Sarawak membekalkan tangki air terbabit sebagai sandaran dan mengatasi masalah air di kampung-kampung dan perumahan kawasan DUN terbabit.
