SIMANGGANG: Jambatan Batang Lupar II yang sedang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun 2026.
Jambatan itu dibina dengan kos sebanyak RM223.633 juta. Ia menghubungkan Sri Aman dengan Lidong di Bahagian Betong dengan panjang keseluruhan dua kilometer (km) dan ketinggian 870 meter (m).
Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berharap jambatan yang bakal menjadi mercu tanda baharu bandar Simanggang itu juga bakal mencatat rekod sebagai jambatan kabel tertinggi di Malaysia.
“Dengan rekod baharu ini, ia dijangka dapat menarik ramai pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU) serta agensi-agensi kerajaan lain melawat dan mendengar taklimat projek itu dari pihak kontraktor, Naim Gamuda (NAGA) JV Sdn Bhd, di sini, hari ini.