KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi dilantik sebagai ahli Friends of Ministry (FOM) di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Pelantikan tersebut selepas majlis pertemuan dan mesyuarat bersama ahli-ahli FOM yang lain di Pejabat Menteri, Putrajaya, di sini semalam.
Beliau menerima watikah pelantikan berkenaan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar.
Pelantikan ini mencerminkan kepercayaan terhadap komitmen dan peranan Ahmad Johnie dalam memperkukuh usaha kementerian bagi memperkasakan agenda hal ehwal agama di peringkat nasional dan komuniti.
