Akademix pupuk daya kreativiti kanak-kanak

KUCHING: Akademix Sdn. Bhd. menganjurkan Pertandingan Mewarna Akademix: Magical Colours of Hogwarts pertamanya di Pusat Sumber Tun Openg di sini.

Pertandingan disertai lebih 15 kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun itu menyerahkan bakat, kreativiti dan pembelajaran melalui seni lukisan.

Program bertemakan Dunia Hogwarts itu bertujuan menyerlahkan daya imaginasi dan bakat melukis dalam kalangan kanak-kanak sambil memupuk semangat kekeluargaan dan penyertaan masyarakat.

Kanak-kanak yang menyertai pertandingan itu dibahagikan kepada dua kategori, tiga hingga enam tahun dan tujuh hingga 11 tahun.

Pengasas Akademix Sdn. Bhd, Mohmad Hafeez Sabparie yang berucap pada majlis itu berkata, inisiatif menganjurkan pertandingan itu sejajar dengan misi Akademix menggalakkan pendidikan secara holistik melalui aktiviti sihat.

Beliau berkata, kreativiti merupakan satu daripada ciri menzahirkan daya pemikiran kanan-kanak dan melalui program itu Akademix berharap dapat menyemai perasaan yakin dalam kalangan kanak-kanak semasa berada di luar darjah.

Pertandingan mewarna itu menandakan satu lagi kejayaan Akademix dalam usaha memupuk minat kanak-kanak dalam pembelajaran. Syarikat itu berhasrat memperluaskan program berkenaan pada tahun hadapan.