Author: Jiwa Bakti

Agong, Permaisuri zahir takziah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia hari ini. Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.“Allahyarham seorang tokoh yang telah membawa impak cukup besar dan akan sentiasa dikenang, terutamanya oleh rakyat Bumi Kenyalang. Al-Fatihah,” […]

Tinggalkan legasi yang berharga

KUALA LUMPUR: Legasi tidak ternilai yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak akan sentiasa hidup di dalam hati semua. Yang di-Pertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal berkata, tokoh ulung dan pemimpin lebih enam dekad itu telah mengabdikan hidupnya untuk Sarawak. Menurutnya, beliau telah membuat sumbangan yang signifikan kepada pembangunan […]

Projek Jalan Pasi ke Tanjung Manis dijangka siap Oktober tahun ini

SARIKEI: Projek pembinaan Jalan Pasi ke Tanjung Manis berharga RM321 juta kini mendahului jadual sebanyak 86 peratus. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek ini merangkumi pembinaan jalan sepanjang 17 kilometer (KM) termasuk jambatan merentasi Sungai Batang Rajang sepanjang 1.4km. Katanya, projek dibiayai oleh Kerajaan Sarawak sebelum […]

Mutang mampu laksana tugas dengan baik – Awang Tengah

LIMBANG: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin Senator Datuk Mutang Tagal mampu melasanakan tanggungjawabnya sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 dengan baik. Katanya, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu mempunyai kebolehan dan pengalaman luas selama dua penggal sebagai Ahli Parlimen. Awang Tengah turut menzahirkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sekali […]

Undang-undang tubuh entiti kawal pelabuhan Sarawak akan dibawa ke DUN

KUCHING: Sarawak akan menubuhkan Lembaga Pelabuhan Pusat (satu entiti) yang akan mengawal selia semua pelabuhan di negeri ini. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya akan mencadangkan undang-undang penubuhan lembaga terbabit dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Mei depan. Katanya, ini akan dilakukan menteri bertanggungjawab iaitu Timbalan Premier Sarawak […]

Sarawak berusaha miliki syarikat penerbangan sendiri

KUCHING: Sarawak akan terus berusaha mendapatkan syarikat penerbangan sendiri supaya dapat mengawal laluan dan harga penerbangannya sendiri. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bercadang untuk menawarkan penerbangan terus dari negara-negara Asia ke Kuching sebaik memiliki syarikat penerbangan sendiri. “Oleh itu, kita memerlukan syarikat penerbangan sendiri agar boleh memiliki pengembara […]

Sarawak rancang bangunkan ART di Bintulu

BINTULU: Sarawak merancang untuk membangunkan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) di Bintulu bagi menambah baik sistem pengangkutan di bandar ini. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Bintulu perlu dihubungkan dengan Samalaju dan Kidurong, dua kawasan industri utama di Bintulu dengan menggunakan jaringan sistem pengangkutan yang lancar. “Keputusan untuk membangunkan ART di […]

Bazar Ramadan: Peniaga perlu patuhi garis panduan KKM, peraturan trafik

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menerima permohonan peniaga dalam skala kecil sempena bazar Ramadan pada bulan depan. Timbalan Menteri Utiliti dan Komunikasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, peniaga juga mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan peraturan trafik ketika berniaga. “Aspek kebersihan antara yang ditekankan sambil mengingatkan bahawa premis dalam keadaan […]

Sarawak perlukan kestabilan politik pacu ekonomi baharu

SIBU: Sarawak memerlukan iklim politik yang stabil dan kondusif bagi menjayakan industri ekonomi baharu yang sedang diusahakan. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sehubungan itu rakyat negeri ini mesti kekal bersatu, saling bekerjasama dan tidak mempunyai agenda peribadi yang boleh menimbulkan perpecahan. Katanya, Sarawak telah menempatkan dirinya dalam ekonomi baharu […]