KUCHING: Susulan kejayaan menganjurkan program ekosistem pembangunan usahawan selama dua tahun, Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dan Endeavor Malaysia hari ini mengumumkan permohonan untuk SCALE Sarawak Cohort 3.
Program bagi edisi tahun 2026 itu akan meneruskan matlamatnya meningkatkan perniagaan anak-anak Sarawak melalui perkongsian mentorship, bengkel praktikal dan rantaian strategik.
Cohort akan datang mendapat sokongan tujuh syarikat berimpak tinggi selama enam bulan dengan menawarkan kurikulum yang lebih ketat daripada tahun sebelumnya.
Cohort 3 akan memperkenalkan beberapa permekasaan termasuk enam bengkel secara fisikal, enam sesi kumpulan mentor fisikal dan dua kerangka perniagaan kajian panel.
Permohonan dan tempoh tapisan diadakan mulai 10 Februari hingga 30 April 2026. Calon yang berjaya akan turut serta dalam penilaian seterusnya sebelum Hari
Pelancarannya di TEGAS Digital Village pada 4 dan 5 Mei depan.
Program itu akan berakhir dengan majlis Hari Graduasi dan Kajian Panel pada Oktober 2026.
Usahawan yang berminat kini boleh memohon untuk menyertai program berbentuk sokongan masyarakat oleh mentor berkelas dunia daripada syarikat seperti Carsome, FarmFrrsh dan JurisTech. Pemula yang layak boleh memohon di bit.ly/SCALEsarawak2026.
Kerjasama antara TEGAS dan Endeavor Malaysia itu bertujuan meningkatkan ketahanan, syarikat besar yang menginovasi dan memberi sumbangan kepada ekosistem keusahawan berdaya maju di negeri ini.
Inisiatif itu sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca Covis-19 (PCDS) 2030 Sarawak dan Cetakbiru Ekonomi Digital Sarawak 2030, mengukuhkan visi TEGAS untuk memaju dan menginovasi ekosistem, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi TEGAS, Datuk Len Talif Salleh.
