SADONG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meluluskan peruntukan sebanyak RM175,000 bagi menaik taraf projek Padang Futsal Kampung Sungai Bilis di sini.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Safiee berkata, Mailis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) sebagai agensi pelaksana sedang menguruskan skop naik taraf termasuk pagar, permukaan padang serta parit projek terbabit yang permohonannya dikemukakan Ketua Kampung sebelum ini.
“Saya akan terus bekerjasama dengan pihak MPKS supaya pelaksanaan projek ini dapat dipercepatkan demi kemudahan masyarakat, khususnya golongan belia di kampung ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Program Lan Berame Sungke dan Tarawih N24 Sadong Jaya dianjurkan Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Infrastruktur) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Datuk Ir. Aidel Lariwoo Surau Darul Ehsan, Kampung Sungai Bilis, di sini, semalam.
Rodiyah berkata, projek baik pulih Dewan Muhibah Kampung Sungai Bilis dengan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar ( RTP) sebanyak RM100,000 siap dan dapat digunakan bagi pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan program komuniti.
