Awang Tengah terima kunjungan Alexander, projek Sarawak dibincang

KUCHING: Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan daripada Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi di Kuching, hari ini.

Turut hadir sama dalam pertemuan yang diadakan di Wisma Sumber Alam adalah Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pertemuan selama lebih satu jam tersebut disusuli mesyuarat yang membincangkan projek-projek di Sarawak.

Turut hadir adalah Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya Malaysia Dato’ Seri Azman Ibrahim dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak Ir. Dr. Cassidy Morris.