DARO: Jawatankuasa Bazaar Ramadan Majlis Daerah Matu Dan Daro (MDMD) menetapkan beberapa kawasan yang telah diwartakan sebagai Tapak Bazar Ramadan 2025.
Jawatankuasa itu menerusi kenyataannya memberitahu, bagi Daerah Matu termasuk Daerah Kecil Igan – Tapak Matu Night Market, Tapak Perniagaan Pantai Kuala Matu dan Kawasan Lapang bagi di Igan.
Bagi Daerah Daro – Tapak Daro Da’o Night Market (Tapak Pesta).
Manakala, Daerah Tanjung Manis – Tapak Pasar Malam Tanjung Manis, kawasan Perniagaan Medan Selera Belawai dan sekitar Dewan Masyarakat Kampung Rajang.
Sehubungan itu, borang permohonan boleh diperoleh di semua Pejabat Majlis Daerah Matu Dan Daro termasuk di cawangan bermula 23 Januari 2025.
