KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi dijadual memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 peringkat negeri Sarawak pada 29 Januari ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian berkata, Tun Dr Wan Junaidi serta Toh Puan berkenan untuk menghadiri majlis tersebut.
“Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang dijangka sama,” katanya pada sidang media di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Micheal Tiang Ming Tee serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.
Dianggar seramai 5,000 pengunjung akan hadir pada sambutan kali ini.
