Bekas Exco Pemuda antara calon bertanding Ahli MT Parti PBB

KUCHING: Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Exco Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Mohamad Yusnar Matalie akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti PBB pada Perhimpunan Agung Ke-16.

Beliau memegang nombor calon ke tujuh dari keseluruhan seramai 20 senarai calon jawatan Ahli MT (Bumiputera).

“Ini pengalaman pertama saya bertanding Ahli MT, pernah dahulu tahun 2007 kali terahir sebagai Ahli MT Exco Pemuda Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman calon yang akan bertanding pada perhimpunan agung tersebut di Ibu Pejabat Parti PBB, Jalan Bako, di sini, hari ini.

Sambil mengucapkan selamat bertanding kepada calon-calon, Mohamad Yusnar yakin semua calon mempunyai potensi masing-masing.

Seperti calon-calon lain, Yusnar mengharapkan kemenangan pada pemilihan terbabit yang beliau sifatkan sebagai proses demokrasi yang cukup baik.

“Inilah yang menjadi suatu semangat bagi kami yang baharu untuk menyokong usaha pendemokrasian dalam parti,” tambahnya.