DBKU, KPWK bertukar pendapat, berkongsi idea dan pengalaman

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) mengadakan kunjungan hormat ke Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) hari ini.

Menurut kenyataan media DBKU, kunjungan KPWK itu diketuai Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah di Ibu pejabat DBKU Bukit Siol di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

“Kunjungan hormat ini bertujuan menjalin serta mengekalkan kerjasama erat dan aktiviti bersama di antara kedua-dua agensi,” menurut kenyataan itu.

Kunjungan hormat itu juga menjadi platform untuk DBKU dan KPWK bertukar pendapat, berkongsi idea dan pengalaman.

“Ini berkaitan Child Friendly City Initiative (CFCI), Community Social Support Centre (CSSC), Tempat Transit Gelandangan (TTG) dan Kuching Urban Poor,” tambahnya.